Wednesday, January 18, 2012

PEDOMAN : Putus Asa Bukan Jalan Yang Sebenar

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan"

Lalu baginda ditanya oleh seseorang, "Apa maksudnya meminta dicepatkan?" Jawab baginda, "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya...Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."

Ya Allah, hampir sahaja aku ini berputus asa terhadap apa yang telah KAU rancangkan buatku. Betapa lemahnya iman aku sebagai salah seorang hamba-MU. Oleh itu, aku sering kali melupakan-MU, menghindari-MU, melakukan perkara-perkara jahil yang aku rasakan KAU tidak akan sekali-kali peduli.


Namun, jahilnya aku sebagai hamba-MU tidak mengetahui bahawa, KAU tidak pernah melupakan aku, tidak pernah menghindari aku, tidak membiarkan aku terus menerus hidup dalam kejahilan.

Ampunkan aku ya ALLAH, ya RABBI. Betapa kerdilnya aku disisi-MU.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...