Monday, January 30, 2012

Pemberian Orang

Maybe Tijah tak cerita lagi pasal husband Tijah yang dah start buat part-time untuk extra money. You all pun tahu yang Tijah sedang membuyung sekarang ni, so EXTRA MONEY is very important to support the whole family. Alhamdulillah, atas usaha Mr. Hubbee yang sangat jitu dan bersungguh, satu teksi baru dah keluar. Dengan berkat doa Mak Mertua Tijah sekali ye. Harus diingat, doa Ibu Bapa sangat makbul tapi tengok pulak ibu bapa kita tu jenis yang macam mana 

Alhamdulillah, kehidupan sekarang agak selesa jika nak dibandingkan dengan masa mula-mula Tijah berhenti kerja. Semuanya sempit, terhimpit, menghimpit dan dihimpit. Tapi, seseorang terpaksalah berkorban untuk melangsungkan perjalanan teksi tu. Selain Mr. Hubbee, tak ada sesiapa yang punya lesen PSV, so dialah yang melangsungkan perjalanan teksi tu. Tijah cuma melangsungkan hidup. Hehehehe.

Nak dijadikan cerita, sepanjang percutian Chine New Dragon Year ni company tempat Mr. Hubbee officially tutup. Tapi bukan tutup sebab bankrupt. Tapi tutup sebab majority staffnya adalah penganut Budha.

Kesempatan ni Mr. Hubbee gunakan untuk membawa teksinya berjalan-jalan. Dan for the past one week, dia  dibayangi oleh sekeluarga customer Arab, tak silapnya Tijah namakan dia Keluarga Mr. Ibrahim. Dari Yemen. Dan disebabkan Mr Hubbee sangat baik dengan mereka, jadi Mrs. Ibrahim telah menghadiahkan Tijah ni sekotak yang diisi sebotol sesuatu yang wangi...


Khas didatangkan dari Yemen. Jenama Khaliji. Baunya sangatlah wangi dan lasting. Tak macam selalu pak mak Arab yang dok berjalan kat sebelah dekat area Bukit Bintang..bau tengik.

Bertuah badan. Hikhikhik.Orang lain yang entertain, orang lain yang dapat hadiah. Anyway, although I dont know you Mrs. Ibrahim, thank you so much for the gift. Sincerely like it. And hope your family and yourself enjoying your stay in Malaysia for the next...errrr 3 weeks!!

4 comments:

@xiM said...

salam tijah!!!murah rejeki tu..Alhamdulillah!

World of Azketom said...

@xiM : sangat murah rejeki sebab orang lain entertain, orang lain punya rejeki. hehehehe

Tqa Azhar said...

Aztijah, kalo nak lagi murah rezeki, share kan perfume tu kat org..tak baik pakai sengsorang.

World of Azketom said...

Tqa Azhar : Owh memang boleh kongsi...tapi kalau asyik-asyik kongsi je, pastu orang yg kongsi pakai bagai nak giler...mcm mana tu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...