Well, menginjak ke usia JUBLI PERAK. What can I say?? Hidup dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran mengajar Tijah untuk menjadi lebih dewasa. Belajar untuk menjadi dewasa. Bukan satu pilihan, tapi sesuatu yang wajib.
Menginjak ke usia JUBLI PERAK juga bermaksud umur ini semakin singkat untuk dinikmati. Tergambar di depan mata pelbagai perkara yang masih belum dicapai. Belum cukup linangan air mata yang dialirkan untuk memohon taubat dan ampun dari DIA, dari orang-orang yang pernah Tijah sakiti, melepaskan dan membebaskan pelbagai perkara yang terbuku dihati untuk sekian lama yang dipendam.
Tidak mempunyai pilihan untuk terinjak ke usia JUBLI PERAK, bermaksud mahu atau tidak, pelbagai perkara yang perlu direncanakan untuk pastikan hidup ini berjalan atas landasan yang benar, istiqamah dan dipenuhkan dengan pelbagai perkara yang baik. Memastikan hidup berlandasan dan punya pegangan.
Banyak perkara yang ingin dicapai. Banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Banyak perkara wajib yang perlu ditunaikan. Berdoa agar setiap perkara yang berlaku terselindung hikmah yang bisa mengurangkan setiap dosa yang pernah dilakukan, menjernihkan hati yang kelam dan hitam dan yang paling penting menjadi insan yang sabar menghadapi segala dugaan.
Wallahualam. Moga dengan mulanya anjakan usia JUBLI PERAK ini, Tijah menjadi insan yang lebih baik. Ameen.
p/s : Nak buat list penghijrahan untuk keep track sepanjang tahun ni.
No comments:
Post a Comment