Thursday, October 20, 2011

Ke-busy-an Melampau

Assalamualaikum dan selamat belajar,

Dah 2 hari tak berhapdate blog Tijah ni. Bukan apa, sebok tolong emak buat kuih. ada tempahan dari Masjid Bukit A. Hari first tu emak buat kuih Seri Muka dengan kuih badak....Tijah tolong memasak. Masak asam pedas ikan tongkol dengan sayur kangkung goreng. Hari second, Tijah tolong emak masak makan tengahari, ikan sardin goreng dengan sayur taugeh. Petang, terus je buat kuih apam gula merah dan kuih pulut panggang.

Jadi, dua hari kat rumah emak. Tak sempat nak hapdate apa yang patut. Henpon Berry-berry pulak kena masuk bengkel. Jadi lagi tipislah harapan nak hambik gambar ke-busy-an 2 hari tu. Nanti bila dah keluar dari bengkel, kita hapdate puas-puas gambar..

Nak pergi buat assignment dulu. Sabtu ni kena hantar dah. Seulas huruf pun tak type lagi ni. Nanti Tijah blogwalking lepas habis buat apa yang wajib ye. Rindu korang!!

Wednesday, October 19, 2011

BLOG REVIEW : BLOGBEGINSATFORTY

Salam singgah blog,

Blog Review kali ni pasal pakcik GEDEK yang memulakan blognya pada March 2009. Harap ini betul ye pakcik Gedek. Yang menariknya pasal blog pakcik Gedek ni, dia adalah camwhorer atau kata lainnya gila kamera. Bukan gila kamera yang jumpa kamera je nak jahanamkan, tapi sangat suka ambil gambar. Dan setiap gambar, pasti ada gambar dia sendiri. Cool kan?
SELF-PORTRAIT DAILY


Pakcik Gedek ni jugak sukakan group hug. Wah, group hug tu crime ke? Group hug secara maya lah. Tapi saya tak tahu aplikasi group hug ni dibuat diluar atau tak. Hikhikhik.

Apa-apa pun, tak silap Tijah inilah satu-satunya blog yang berani memaparkan wajah sendiri, almost everyday  . Pakcik Gedek, pakcik memang cool. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut dan membaca short entri yang boleh buat kita ketawa, pergi ke blog dia. Jom terjah blog Pakcik Gedek!!

Thursday, October 13, 2011

BLOG REVIEW : Beruang Madu Dot Com

Assalamualaikum dan salam ziarah!

Jom kita review blog!! Hari ni, rasanya nak perkenalkan blog baru abang Bear. Istilah gatal bijik yang dia guna tu, memang kena sangat. Haaaa....sebab apa, dia pun asyiklah dok tukar blog macam adiknya jugaklah kan...menggunakan reason yang sama macam adiknya jugak, kena virus, kena spam, macam-macam lagi. Tapi nak hapdatenya, tunggu kucing berkicau. Pelikkan? Kucing berkicau. Tapi setiap kali hapdate, hasilnya menarik!

Tijah rasa, setiap hapdatenya mesti besertakan gambar walaupun tak berkenaan supaya pembacanya tak bosan. So, kalau nak tahu lanjut tentang blog Abang Bear, jom kita follow dia!!

Wednesday, October 12, 2011

Jiran Ohhh Jiran

Assalamualaikum dan salam berjiran.

Apa nak kata kalau jiran yang korang ada, macam jiran Tijah?? Mula-mula masa Tijah pindah masuk ke rumah, mulut dia sangat ramah. Bertanyakan itu dan ini. Siap komen harga rumah bagai. Memberikan nasihat yang mana patut. Yelah, mungkin dia rasa umurnya lebih banyak sikit dari Tijah dan suami. Itu mak tak kesah sangat!!

Pitching suara dia dan anak-anak perempuan dia yang empat orang tu, kalau dinding ni tak dibina guna konkrit, mahu runtuh!! Itu belum kira anak perempuan yang sulung bertekak urat dengan maknya sebab boifren, anak perempuan dia yang kembar dua tu bergaduh, anak yang paling bongsu tak nak mandi sebelum pergi sekolah...Itu semuanya mak masih tak kesah!!

Taaaaappppiiiii....yang dikesahkan sangat ialah hal ni :
Lastik moden colorful version. Pilih je. 
Ini yang dikesahkan sangat. Sebab mempunyai kadar kesedaran sivik yang rendah. Bayangkan, masa hari raya pertama pun terpampang menda haram ni kat tepi pagar. Huish, kalau ikutkan nak je Tijah belikan penyidai bulat yang besau bagi kat dia. Hari tu, adalah myanmar kat kawasan rumah ni curi hampir kesemuanya, ingatkan dah insaf...rupanya yang baru letak kat penyidai dalam rumah...yang dah kusam, berkeladak masih di pagar tepi rumah!! Segregation of the classes. 

 Kalau koranglah, apa perasaan yang terbuku dihati?? 

Makan Nasi Lemak Bersama Roger Federer

Honored Tijah! Diberi kesempatan oleh mak cik nasik lemak untuk makan bersama Roger Federer. Bukan senang tahu?? Nasi lemak hari ni tak berapa sedap, cilinya terlalu pedas sampai berhingus aku. Dan Kegemaran utama yakni ikan bilis, tiada dalam pengamatan. Tapi, sebab suami dah tolong belikan...TERPAKSA ku habiskan jugak jebat!!

Nasib baik dapat makan dengan Roger Federer.  Bagus cara makcik ni market nasik lemak dia. Hurmm...


Tapi mungkin Roger Federer agak bengang. Sebab dia tersingkir time ni. Makcik Nasik Lemak...nasi lemak biasa RM2 sebungkus, tapi ikan bilis takde? Hangin aku!!

PEDOMAN : Memberi Bukan Untuk Menerima

" Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) 
sedekahmu  dengan menyebut-nyebutnya dan menyakitinya (perasaan penerima)... "

Surah Al-Baqarah : 264



Kunci sesebuah kasih sayang adalah memberi dan menerima. Memberi kasih sayang adalah dikira satu sedekah Kasih sayang perlu dipraktikkan tanpa sebarang syarat dan tanpa sebarang pengharapan untuk balasan. Sekiranya segalanya dibuat kerana ALLAH s.w.t, pastinya si pemberi kasih sayang tidak mengharapkan sebarang pembalasan dari penerima. Si penerima itu tak kiralah sesiapa pun, waima seekor semut!

Tuesday, October 11, 2011

Bengkel and Lepak

Salam merepair dan salam mengeteh,

Semalam husband Tijah adalah mengadakan conference dan bengkel seminar kat rumah bersama dua lagi kawan dia. Hahahah. Takdelah!

Ni ceritanya. Semalam, husband Tijah ajak kawannya datang ke rumah. Sebab nak mintak tolong kawan dia untuk cabut wayar yang tak dipakai dekat kereta oldskool Tijah. Al-maklumlah, kereta oldskool tu agak berselirat sikit wayar-wayar owner dulu yang tak dipakai. Entah wayar VCD, wayar hon, wayar cd player, wayar seterikalah, wayar pemanas airlah dan macam-macam wayar lagik.

Sementara Tijah kat dapur ni, kelam kabutlah dok memikirkan cara macam mana tak nak bagi husband Tijah tu pergi lepak lepas small tutor class tu...jadi, idea muncul, Tijah buat karipap...hidang dengan air nescafe tarik! Nasib baik berjaya taktik tu.

Minyak yang dekat tisu tu abaikanlah ye...

Siap kawan dia cakap "wah, bagusnya...lenkali kalau nak lepak, kita lepak rumah kau je. Air nescafe pun macam kedai." Tapi, atas penat lelah ku itu...ada ke patut kawan dia kata, karipap yang Tijah buat tu Karipap frozen??? Cet!! tengok kelim sikit ye.

p/s : kelim karipap frozen tu kemas ke?

PEDOMAN : Suami Soleh Dan Isteri Solehah

" Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. 
Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula) " 

Surah An-Nur : 26 


Jika menginginkan jodoh yang baik, perlihatkan diri kita dicermin. Baikkah kita? Ubahlah diri, untuk merubah orang lain. Jika kita menjadi soleh, maka pastinya kita mendapat yang solehah. Oleh itu yakinlah dengan kata-kata ALLAH s.w.t melalui janjinya seperti surah diatas. Amin. 

Sunday, October 9, 2011

RESIPI : Masak Asam Keladi

Haaa. Sementelah menjadi mak buyung ni kan....Tijah suka sangatlah makan masakan kampung. Rasanya keladi tu di kategorikan dalam sayuran atau ubi-ubi kampung kan?? Yelah, manalah ada orang tanam keladi kat area rumah flat ke, teres ke...semuanya dikawasan semak samun atau belukar. Eloknya hidup subur pokok keladi di kawasan-kawasan macam tu.

Kelmarin, pergi ke pasar malam. Adalah pakcik ni menjual ulam-ulaman kampung, termasuklah batang keladi. Selalunya batang keladi ni, tak lain tak bukan orang buat masak asam. Jadi, Tijah pun dengan gigih dan semangat wajanya mencuba buat masak asam keladi. Jom kita tengok macam mana nak buat Masak Asam Keladi (untuk 3 orang makan)  versi Tijah :

Bahan A
Bawang Merah - 3 biji 
Bawang Putih - 3 biji 
Halia - 2 atau 3 inci 
Ikan Bilis 
Cili kisar (ikut suka hati nak pedas atau tak)
Belachan (ikut resdung)
Serai (dititik) - sebatang 
Serbuk kunyit - Setengah sudu teh
Air asam jawa - ikut berapa banyak kuah yang korang nak
Garam - secukup rasa lidah

Jangan jeles sinki berkilat tau!!
Bahan B
Keladi - 4-5 batang (dipotong pendek 3-4 inci)
Air (untuk merebus batang keladi)

Bahan C
Ikan masin (kalau suka)
Bunga Kantan (ikut kegemaran)
Daun Kesum (yang tak ada dalam masakan kali ni sebab lupa beli) 

Bahan A tu korang kenalah gigih sikit menumbuk. Tengok macam yang Tijah dah letak kat gambar kat bawah. Serai tu janganlah tumbuk sampai hancur lebur. Dititik sahaja.


Lepas tu, Bahan B tu korang kenalah rebus dalam kurang dari 5 minit untuk melembut dan menghilangkan sedikit getahnya. Tak adalah bila makan nanti, tekak kau rasa payau dan kelat! Lepas dah direbus, toskan airnya.


Panaskan minyak dalam sesudu, goreng bahan A sampai naik bau. Lepas tu, buatkan air asam jawa secukupnya. Kenapa guna air asam jawa?? Sebab namanya masak asam keladi. Dah tu, biar mendidih. Masuk garam, serbuk kunyit dalam setengah sudu teh (untuk warna yang menarik sikit) dan biar mendidih.


Masuk bahan B, 5 minit lepas tu masuk bahan C pulak. Dah mendidih elok, korang dah boleh siap hidang!! Selamat mencuba...
Siap untuk dimakan, dengan nasi putih...nyum nyum


Pppssttt : Laki Tijah kata sedap, tapi tak tahulah kalau takat nak ambik hati je. huhuhuhu.

Monday, October 3, 2011

Again, Hello World.

Salam and again, hello.

Ini dah kali keberapa bukak blog pun dah tak terkira. Al-maklumlah, domain dah diserang virus dan spam-spma yang sangat menyayat menyakitkan hati dan sangat malas ye nak update tempat yang dah berspam-spam ni. Biasalah, kalau kita bayar lepas tu perkara yang kita tulis banyak sangat reply and komen yang hodoh bodoh, mesti naik fed-up kan?
Ok, let's talk about this new world. It's a world of a jobless writer but who still think she can write up about having a career, living her life happily, 100% sure that one day after giving birth (did i ever mention that I am 3 and 1/2 month preggy??) there's a super duper big company will employ her. A quite a good housewife who is trying very hard to please the hubby and one super cerewet daughter.
Owh, inilah budak yang cerewet itu...
Hurm. Apa lagik yek? Everyone can share about everything and anything here. Let's be friend and frank!! Dalam dunia ni, kalau kita tak jujur...susah orang nak percaya. But, jujur itu lebih kepada sunnatullah. The very first day you kencing berdarah tipu orang, tak sampai 2 seconds, orang lain pulak kentut tipu you balik.

I am trying to separate beberapa segmen here where kita boleh baca setiap story dengan teratur and more like chapter gitu. Lepas habis satu chapter, kita bukak another chapter. Sampailah habis.

Wah, panjang jugak opening speech ye (supaya lambat sikit orang habis baca sebelum nak update new post...ahaks!!)

Oklah, supermak nak pergi sidai baju. Adalah belen-belen baju semalam basuh tapi tak sempat nak sidai sebab dah pukul 12 tengahmalam!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...