Friday, February 3, 2012

Patut Ke??

Semalam, sementara berchatting dengan adik Tijah di Gugeltalk, sesambil menyelam minum air lah online Muka Buku sekali. Terbaca status yang tersiar oleh Oh! Media FM. Salah satu internet stream radio yang terkemuka kat Malaysia ni. Kalau rasa-rasa nak tahu atau berminat, klik je kat perkataan tu. Macam biasalah. Ok, soalannya macam ni :


Apa komen korang tentang ni? Apakah keperluan yang jitu nak mengingat EX kita tu agaknya? Bagi Tijahlah, orang yang masih mengingati EX mereka adalah mereka yang tidak mensyukuri pemberian pasangan oleh ALLAH kepada dirinya. Atau mungkin mereka punya detik-detik bahagia tercipta ketika berpacaran. Tapikan, kalau detik-detik manis tu boleh mengalahkan dunia realiti bersama pasangan...wallahualam. Tak terkata apalah. So, pengalaman Tijah pulak macam ni :


Motif?? Nak kata isteri sekarang lebih baik dari EX tu ke hape?? So, kepada yang masih mengingat memori Sonata tu, lupa-lupakan lah. Bukan apa, takut nanti bila terlalu mengingat perkara yang lepas, lalai dalam melaksanakan perkara realiti. Usah hidup dalam memori. Tak salah bermemori, cuma berpadalah. Ingatlah pada pesanan ALLAH s.w.t seperti dalam surah dibawah :

" Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. 
Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula) " 

Surah An-Nur : 26 

2 comments:

Fitri Senin said...

mestila tak ..? kaedahnya nak ingat lg wat apa..he/she just not meant for u..accept it..fullstop =)

World of Azketom said...

Fitri Senin : Absolute true!! Alahai...barang yang lepas jgn dikenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...