Thursday, February 9, 2012

Penghijrahan Ana Rafali

Tahniah diucapkan kepada Ana Rafali atas penghijrahan ke arah lebih Islamic iaitu dengan mengenakan hijab. Alhamdulillah, semoga perubahan yang dilakukan berterusan. World of Azketom sangat gembira dengan penghijrahan Ana Rafali sekaligus dapat menarik minat-minat anak-anak muda yang meminati beliau untuk berhijab sama.

So sweet wajahnya mengenakan hijabkan? So, kepada yang masih belum berhijab, jangan fikir berjuta kali atau "menunggu seru" kerana berhijab itu adalah tuntutan agama yang wajib. Seperti dalam hadith dibawah :


Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. besabda :

عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ النَّبِي صلى الله عليه وسلم
قَالَ لا يَقْبَلُ الله صَلاةَ حَائِضٍ اِلا بِخِمَارٍ

"Allah tidak menerima sembahyang perempuan yang sudah baligh kecuali dengan memakai tudung"

Hadis riwayat Imam yang lima kecuali Nasai

Dan bila berhijab pula, perlulah disusuli dengan tuntutan yang lain seperti bersolat, menjaga maruah dan tingkah laku.So, kepada semua yang membaca, renung-renungkan dan selamat beramal.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Setuju.... memang cantik. Apa nak tunggu yg wajib tak boleh ditangguh. Sama Izrael juga tak akan bertangguh barang sesaat bila perintah Allah turun utk mencabut nyawa seseorg...

World of Azketom said...

Kak Zakie : Tulah, sweet sgt mukanya bertudung...kalau tak bertudung, mukanya nmpak garang sikit. hehehe

Gary Asip said...

memang lebih anggun. semoga kekal berhijab.. huhuhu~..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...