Wednesday, February 1, 2012

Seminar Free

Baru-baru ni, Tijah tonton rancangan pagi Nasi Lemak Kopi O yang menjemput tetamu jemputan, Dr. Azizan Osman. Ianya tentang bagaimana nak berjaya dalam setiap perniagaan dan bagaimana nak menjadikan sesi Marketing itu POWER bagi produk atau syarikat kita tu berjaya.

Selama ni Tijah lihat dalam magazine Wanita yang banyak iklan tu, dalam harian metro yang banyak iklan jugak, pasal seminar marketing power ni. Jadi untuk percubaan, Tijah dengar kat NLKO tu yang seminar ni akan diberi percuma pada mereka yang ingin menyertainya.


Kalau bayar uols, dalam RM450 seorang. Itu sama ada boleh bayar rumah sewa kalau anda menyewa atau boleh bayar installment kereta secondhand untuk sebulan. Oleh kerana adanya seminar ini secara percuma, Tijah rasa confident sikit nak ikut serta. Maklumlah, percuma. Ilmu ni mana nak datang secara percuma, unless kita cari. Manalah tahu dengan adanya ilmu Marketing Power ni, boleh dapat idea nak memulakan perniagaan.


So, baru Tijah register untuk 2 tempat, iaitu dekat Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 4 Mac 2012 dan jugak Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Feb 2012. Tapi mungkin akan menghadiri yang tarikh terdekat. Bukan apa, takut pergi 4 Mac 2012 kang, terberanak kat Wisma MCA tu pulak. So, sekadar berkongsi informasi sesiapa yang rasa berminat atau ingin cuba, boleh try ke facebook Marketing Power (klik je kat tulisan tu) atau ke website Marketing Power (klik je kat tulisan tu jugak) diorang untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


p/s : Tijah tak dapat apa-apa komisyen pun dalam menulis atau menyiarkan artikel ini. Sekadar perkongsian semata-mata. Moga bermanfaat bagi mereka yang ingin mencuba.

This community information is brought to you by World of Azketom

2 comments:

-gedek! said...

pernah dengar ni.... belom 'menyelami'

World of Azketom said...

Uncle Gedek : Tijah pun baru je nak menyelam ni..nnt dah dpt hasil, kita tgk...sotong ke, udang ke, ato ikan ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...