So sweet wajahnya mengenakan hijabkan? So, kepada yang masih belum berhijab, jangan fikir berjuta kali atau "menunggu seru" kerana berhijab itu adalah tuntutan agama yang wajib. Seperti dalam hadith dibawah :
Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. besabda :
عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ النَّبِي صلى الله عليه وسلم
قَالَ لا يَقْبَلُ الله صَلاةَ حَائِضٍ اِلا بِخِمَارٍ
"Allah tidak menerima sembahyang perempuan yang sudah baligh kecuali dengan memakai tudung"
Hadis riwayat Imam yang lima kecuali Nasai
Dan bila berhijab pula, perlulah disusuli dengan tuntutan yang lain seperti bersolat, menjaga maruah dan tingkah laku.So, kepada semua yang membaca, renung-renungkan dan selamat beramal.
