Tuesday, October 11, 2011

Bengkel and Lepak

Salam merepair dan salam mengeteh,

Semalam husband Tijah adalah mengadakan conference dan bengkel seminar kat rumah bersama dua lagi kawan dia. Hahahah. Takdelah!

Ni ceritanya. Semalam, husband Tijah ajak kawannya datang ke rumah. Sebab nak mintak tolong kawan dia untuk cabut wayar yang tak dipakai dekat kereta oldskool Tijah. Al-maklumlah, kereta oldskool tu agak berselirat sikit wayar-wayar owner dulu yang tak dipakai. Entah wayar VCD, wayar hon, wayar cd player, wayar seterikalah, wayar pemanas airlah dan macam-macam wayar lagik.

Sementara Tijah kat dapur ni, kelam kabutlah dok memikirkan cara macam mana tak nak bagi husband Tijah tu pergi lepak lepas small tutor class tu...jadi, idea muncul, Tijah buat karipap...hidang dengan air nescafe tarik! Nasib baik berjaya taktik tu.

Minyak yang dekat tisu tu abaikanlah ye...

Siap kawan dia cakap "wah, bagusnya...lenkali kalau nak lepak, kita lepak rumah kau je. Air nescafe pun macam kedai." Tapi, atas penat lelah ku itu...ada ke patut kawan dia kata, karipap yang Tijah buat tu Karipap frozen??? Cet!! tengok kelim sikit ye.

p/s : kelim karipap frozen tu kemas ke?

8 comments:

eisyaawie said...

sokong....baik pakat lepak ka umah dr dok lepak kat kedai kopi....

karipap awak cantik sangat kot...cam yang kat kedai.....sebab tue diaorang cakap gitu...:D

Ini Kisah Tia said...

eleh , mentang2 tengok kelim kemas terus judge kata tu karipap frozen? cet .. lepas ni, rumah akak jadi tempat lepaklah :)

World of Azketom said...

eisyaawie : karipap cantik sangat tu idak ler...tapi, penat dok jerit suruh husband beli kentang depan kengkawan diorang...takkan tak dapat tangkap kot?? hahaha

World of Azketom said...

Tia : Tak kisah jadik tempat lepak :) tapi, lepas ni, 2 seringgit lah karipap...nescafe kira rm1.30...dpt lah "kelim" lebih skit buat beli aiskrim si kecik tu...hehehe

gedek! said...

kalau uncle takan pakai garpu je....

haha!

World of Azketom said...

Uncle Gedek : pakai garpu?? itu bukan jadi karipap, jadik roti kirai!!

chekna @ mama ziyad said...

mmg suka makan karipap, tp biasanya beli yg frozen je, xreti nak buat sendiri...

World of Azketom said...

Mama Ziyad : hehehe takpe, lepas ni kita share resipi buat karipap sedap...kihkih senang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...