Showing posts with label Masak Asam Keladi. Show all posts
Showing posts with label Masak Asam Keladi. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

RESIPI : Masak Asam Keladi

Haaa. Sementelah menjadi mak buyung ni kan....Tijah suka sangatlah makan masakan kampung. Rasanya keladi tu di kategorikan dalam sayuran atau ubi-ubi kampung kan?? Yelah, manalah ada orang tanam keladi kat area rumah flat ke, teres ke...semuanya dikawasan semak samun atau belukar. Eloknya hidup subur pokok keladi di kawasan-kawasan macam tu.

Kelmarin, pergi ke pasar malam. Adalah pakcik ni menjual ulam-ulaman kampung, termasuklah batang keladi. Selalunya batang keladi ni, tak lain tak bukan orang buat masak asam. Jadi, Tijah pun dengan gigih dan semangat wajanya mencuba buat masak asam keladi. Jom kita tengok macam mana nak buat Masak Asam Keladi (untuk 3 orang makan)  versi Tijah :

Bahan A
Bawang Merah - 3 biji 
Bawang Putih - 3 biji 
Halia - 2 atau 3 inci 
Ikan Bilis 
Cili kisar (ikut suka hati nak pedas atau tak)
Belachan (ikut resdung)
Serai (dititik) - sebatang 
Serbuk kunyit - Setengah sudu teh
Air asam jawa - ikut berapa banyak kuah yang korang nak
Garam - secukup rasa lidah

Jangan jeles sinki berkilat tau!!
Bahan B
Keladi - 4-5 batang (dipotong pendek 3-4 inci)
Air (untuk merebus batang keladi)

Bahan C
Ikan masin (kalau suka)
Bunga Kantan (ikut kegemaran)
Daun Kesum (yang tak ada dalam masakan kali ni sebab lupa beli) 

Bahan A tu korang kenalah gigih sikit menumbuk. Tengok macam yang Tijah dah letak kat gambar kat bawah. Serai tu janganlah tumbuk sampai hancur lebur. Dititik sahaja.


Lepas tu, Bahan B tu korang kenalah rebus dalam kurang dari 5 minit untuk melembut dan menghilangkan sedikit getahnya. Tak adalah bila makan nanti, tekak kau rasa payau dan kelat! Lepas dah direbus, toskan airnya.


Panaskan minyak dalam sesudu, goreng bahan A sampai naik bau. Lepas tu, buatkan air asam jawa secukupnya. Kenapa guna air asam jawa?? Sebab namanya masak asam keladi. Dah tu, biar mendidih. Masuk garam, serbuk kunyit dalam setengah sudu teh (untuk warna yang menarik sikit) dan biar mendidih.


Masuk bahan B, 5 minit lepas tu masuk bahan C pulak. Dah mendidih elok, korang dah boleh siap hidang!! Selamat mencuba...
Siap untuk dimakan, dengan nasi putih...nyum nyum


Pppssttt : Laki Tijah kata sedap, tapi tak tahulah kalau takat nak ambik hati je. huhuhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...