Kelmarin, pergi ke pasar malam. Adalah pakcik ni menjual ulam-ulaman kampung, termasuklah batang keladi. Selalunya batang keladi ni, tak lain tak bukan orang buat masak asam. Jadi, Tijah pun dengan gigih dan semangat wajanya mencuba buat masak asam keladi. Jom kita tengok macam mana nak buat Masak Asam Keladi (untuk 3 orang makan) versi Tijah :
Bahan A
Bawang Merah - 3 biji
Bawang Putih - 3 biji
Halia - 2 atau 3 inci
Ikan Bilis
Cili kisar (ikut suka hati nak pedas atau tak)
Belachan (ikut resdung)
Serai (dititik) - sebatang
Serbuk kunyit - Setengah sudu teh
Air asam jawa - ikut berapa banyak kuah yang korang nak
Garam - secukup rasa lidah
![]() |
| Jangan jeles sinki berkilat tau!! |
Bahan B
Keladi - 4-5 batang (dipotong pendek 3-4 inci)
Air (untuk merebus batang keladi)
Bahan C
Ikan masin (kalau suka)
Bunga Kantan (ikut kegemaran)
Daun Kesum (yang tak ada dalam masakan kali ni sebab lupa beli)
Bahan A tu korang kenalah gigih sikit menumbuk. Tengok macam yang Tijah dah letak kat gambar kat bawah. Serai tu janganlah tumbuk sampai hancur lebur. Dititik sahaja.
Lepas tu, Bahan B tu korang kenalah rebus dalam kurang dari 5 minit untuk melembut dan menghilangkan sedikit getahnya. Tak adalah bila makan nanti, tekak kau rasa payau dan kelat! Lepas dah direbus, toskan airnya.
Panaskan minyak dalam sesudu, goreng bahan A sampai naik bau. Lepas tu, buatkan air asam jawa secukupnya. Kenapa guna air asam jawa?? Sebab namanya masak asam keladi. Dah tu, biar mendidih. Masuk garam, serbuk kunyit dalam setengah sudu teh (untuk warna yang menarik sikit) dan biar mendidih.
Masuk bahan B, 5 minit lepas tu masuk bahan C pulak. Dah mendidih elok, korang dah boleh siap hidang!! Selamat mencuba...
![]() |
| Siap untuk dimakan, dengan nasi putih...nyum nyum |
Pppssttt : Laki Tijah kata sedap, tapi tak tahulah kalau takat nak ambik hati je. huhuhuhu.





