Sunday, October 9, 2011

RESIPI : Masak Asam Keladi

Haaa. Sementelah menjadi mak buyung ni kan....Tijah suka sangatlah makan masakan kampung. Rasanya keladi tu di kategorikan dalam sayuran atau ubi-ubi kampung kan?? Yelah, manalah ada orang tanam keladi kat area rumah flat ke, teres ke...semuanya dikawasan semak samun atau belukar. Eloknya hidup subur pokok keladi di kawasan-kawasan macam tu.

Kelmarin, pergi ke pasar malam. Adalah pakcik ni menjual ulam-ulaman kampung, termasuklah batang keladi. Selalunya batang keladi ni, tak lain tak bukan orang buat masak asam. Jadi, Tijah pun dengan gigih dan semangat wajanya mencuba buat masak asam keladi. Jom kita tengok macam mana nak buat Masak Asam Keladi (untuk 3 orang makan)  versi Tijah :

Bahan A
Bawang Merah - 3 biji 
Bawang Putih - 3 biji 
Halia - 2 atau 3 inci 
Ikan Bilis 
Cili kisar (ikut suka hati nak pedas atau tak)
Belachan (ikut resdung)
Serai (dititik) - sebatang 
Serbuk kunyit - Setengah sudu teh
Air asam jawa - ikut berapa banyak kuah yang korang nak
Garam - secukup rasa lidah

Jangan jeles sinki berkilat tau!!
Bahan B
Keladi - 4-5 batang (dipotong pendek 3-4 inci)
Air (untuk merebus batang keladi)

Bahan C
Ikan masin (kalau suka)
Bunga Kantan (ikut kegemaran)
Daun Kesum (yang tak ada dalam masakan kali ni sebab lupa beli) 

Bahan A tu korang kenalah gigih sikit menumbuk. Tengok macam yang Tijah dah letak kat gambar kat bawah. Serai tu janganlah tumbuk sampai hancur lebur. Dititik sahaja.


Lepas tu, Bahan B tu korang kenalah rebus dalam kurang dari 5 minit untuk melembut dan menghilangkan sedikit getahnya. Tak adalah bila makan nanti, tekak kau rasa payau dan kelat! Lepas dah direbus, toskan airnya.


Panaskan minyak dalam sesudu, goreng bahan A sampai naik bau. Lepas tu, buatkan air asam jawa secukupnya. Kenapa guna air asam jawa?? Sebab namanya masak asam keladi. Dah tu, biar mendidih. Masuk garam, serbuk kunyit dalam setengah sudu teh (untuk warna yang menarik sikit) dan biar mendidih.


Masuk bahan B, 5 minit lepas tu masuk bahan C pulak. Dah mendidih elok, korang dah boleh siap hidang!! Selamat mencuba...
Siap untuk dimakan, dengan nasi putih...nyum nyum


Pppssttt : Laki Tijah kata sedap, tapi tak tahulah kalau takat nak ambik hati je. huhuhuhu.

18 comments:

ratusiput said...

salam kenal2 dr ratu.terima kasih sudi sggh blog ratu.masak keladi?ratu kalau mak masak keladi ni ske mkn kuah je sbb keladi tak makan n tak pernah cuba makan... :) tp cik kitol suka...

anamizu said...

perhh!
mmg sedap ah asam keladi!
cik ana pon suke gak..hehe





salam kenal,
cik ana :)

World of Azketom said...

Salam berkenal jua. Masak keladi favorite dari sekolah menengah, huish...rugi tak makan batang keladi...itu yg kicknya!

World of Azketom said...

Cik ana,

Bagus ni...ada geng!!

Salam kenal jua ;)

kaklong said...

perghhh...kegemeran kuuu...!

ashra said...

salam perkenalan..
hehe..leh try resepi ni =p
husband kalu puji,mmg dikira sedaplah tu.hehe

Diana @ BKKC said...

nilah resepi best dr kg.....terliur bila mak masak

chekna said...

salam kenal..terima kasih sudi jengah blog saya...

mama ju said...

Aslkm anakanda

Tkasih dtg rumah mamaa.Wah bestlah masak keladi tu.Mama suka masak keladi campur udang ampur santan...heem.
Jumpa lagi.

World of Azketom said...

Kak Long : Geng lagi. Susah nak jumpa orang suka masak asam keladi zaman sekarang ni...

World of Azketom said...

Ashra : Hurm kadang-kadang puji sebab takut kita mogok masak!

World of Azketom said...

Diana : Tulah, saya suka kalau mak mertua yang masak...ada kick!

World of Azketom said...

Mama Ziyad : Terima kasih kembali, lain kali boleh jengah lagi...

World of Azketom said...

Mama Ju : Wassalam Mama Ju, masak asam letak santan belum pernah cuba! Ehem ehem, boleh lah share resipi...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Kalau kat sabah ni kan, kalau boleh semua sayor diorang dah siang awal awal masa diorang jual tu... keladi tu dah siap kupas dah siap potong2, nangka pun gitu jugak, pendek kata rajin diorang ni kat pasor, dari dok ngumpat diorang siang mende tu, lagi pun diorang tengok orang sebelah menyiang keladi agaknya diaorang pun ikut menyiang, karang tak laku plak keladi diorang...

ermmm... dah berapa bulan ko Jah? Selesa ke ngandung kali ni... kalau selesa tu anak lelaki lah tu...

World of Azketom said...

Abang Bear : sebab tu kot sayur kat sabah memahal!! Tijah beli keladi tu, seringgit setengah utk 5 batang keladi yg besau-besau.

ngandung sekarang dah masuk 4 bulan. Tapi tak selesa lah. Time mengandung kakak dia, gagah perkasa okeh. Kali ni, agak sukar perjalanannya...kejap kang turun darah skit-skit...makan memilih, muntah-muntah bagai...

Mama Tuah Melaty said...

Hai, saya buat kunjungan balas. thanks sudi drop to my blog. Yess sedap sangat masak asam keladi ni kan. But sekarang, terpaksa kuarantin tekak dulu dari makan. Sebab baru habis berpantang. Kalau tak silap keladi ni bisa. Tak pa, takpa nanti kalau nak makan, boleh refer resipi kat sini.

World of Azketom said...

TMTM : Hurm, baru lepas abis habis pantang? Kena tunggu dalam 1 atau 2 tahun lagi baru boleh makan...kalau tak, tak senang duduk lah awak sebab bisanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...